Hari ini saya sibuk sedikit manakala esok adalah pelancaran Exora Bold. Ribuan terima kasih kerana gambar-gambar ini dirakamkan oleh rakan saya Shah. Saya juga ada sertakan beberapa keping lagi gambar yang diperolehi melalui email. jom tengok! klik pada gambar untuk besar.
(update info dari paultan.org) 1.6 Standard MT RM59,998, Bold 1.6 Executive MT RM70,998, Bold 1.6 Executive AT RM74,998 dan Bold 1.6 Premium CVT RM79,998. Exora Prime RM88,998.
(update info dari paultan.org) 1.6 Standard MT RM59,998, Bold 1.6 Executive MT RM70,998, Bold 1.6 Executive AT RM74,998 dan Bold 1.6 Premium CVT RM79,998. Exora Prime RM88,998.
EXORA PRIME (info dari funtastickodesign)
EXORA BOLD
Proton Press Release (credit to funtastickodesign)
Bukan sekadar rupa! Inilah yang boleh disimpulkan untuk kedua-dua
variant terbaru dari Exora, iaitu BOLD & PRIME. Disebalik perubahan
pada rupa luaran, tetapi tersembunyi di dalamnya nadi kuasa enjin
terbaru Campro Charge Fuel Efficiency (CFE) 1.6-liter yang menyamai
kuasa enjin 2.0.
Enjin tersebut hanya boleh didapati pada variant PREMIUM Exora BOLD
& PRIME serta dipadankan dengan kotak gear CVT yang membantu pecutan
enjin yang lancar serta menjimatkan petrol. Menurut Pengarah Urusan
Proton, penggunaan teknologi CFE boleh membantu mendapatkan prestasi
yang maksimum pada RPM yang rendah. Dengan teknologi ini juga dapat
membantu penjimatan minyak kerana dengan hanya enjin 1.6 pengguna
mendapat kuasa seumpama enjin 2.0. Kelebihan CVT pula, ia memberikan
pelbagai pilihan ratio yang terbaik serta sesuai mengikut gaya
pemanduan.
Exora BOLD juga mempunyai variant 1.6 Campro CPS dengan transmisi
automatik & manual selain versi standard yang juga menggunakan enjin
yang sama tetapi hanya terdapat transmisi manual.
Exora PRIME yang merupakan versi ekslusif hanya mempunyai 6 tempat
duduk dengan pelbagai penambaikan yang dilakukan seperti rekaan bumper
depan & belakang yang baru, lampu depan (black-out), lampu
belakang (smoked), cermin sisi boleh dilipat secara elektonik, rim 16″
warna emas, disc brek belakang & ditawarkan dengan tambahan warna
baru Absolute Brown. Untuk bahagian dalaman pula, kerusi & panel
pintu dibalut kulit dua tona, panel tengah dengan kemasan walnut,
Captain Seat untuk kerusi baris kedua, monitor pada headrest &
sistem audio yang mempunyai fungsi sebagai navigasi serta kamera undur.
Exora BOLD Premium juga mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan
PRIME, cuma mengekalkan 3 tempat duduk baris kedua, tanpa monitor pada
headrest & juga mempunyai kamera undur serta cermin pandang belakang
dengan LCD. Kedua-dua model ini mempunyai rekaan ekslusif & elegan
dengan kombinasi Lotus Ride and Handling untuk pemaduan yang lebih
tangkas, stabil, selamat & responsif.
Untuk pengetahuan semua model ini hanya boleh didaftarkan OTR
bermula pada minggu kedua Januari 2012. Sempena dengan pelancaran
kedua-dua model ini, Proton akan mengadakan Hari terbuka Proton 4 U
bermula esok hingga 18 Disember ini di bilik pamerannya seluruh negara.
Cenderahati akan diberikan kepada sesiapa yang memandu uji model Exora
BOLD. Untuk Exora PRIME, tiada unit pandu uji, hanya boleh dilihat
dibilik pameran yang terpilih sahaja iaitu di Crystal Showroom, Juru
Branch, Plentong Branch & Mutiara Damansara.























saya nk ucapkan syabas dan tahniah kpd proton kerana proton berjaya keluarkan model yang diyakini. saya dah pandu exora bold dan ia sangat memuaskan.
BalasPadamBerikut beberapa spesifikasi Exora :
BalasPadam1. STANDARD B-Line
Engine: Campro CPS
Gearbox: MT Only
2. BOLD M-Line
Engine: Campro CPS
Gearbox: MT & AT
*New Front Bumper & Grille (improve air flow)
*New Blacked Out headlamp
*New Rear Skirting
*New rear Combi Lamp
3. BOLD H-Line
*Engine: 1.6 Campro CFE (205 torque @ 2000rpm)
*Gearbox: CVT Only
New Front Bumper & Grille (improve air flow)
New Blacked Out headlamp
New Rear Skirting
New Rear Combi Lamp
*Leather Wrapped Steering wheel
*New finishing (Center Panel)
*Reverse Camera projected on Rear Mirror
*Electric Folding Side Mirror
*New 16″ Sport Rim
*4 Disc brake
*4 wheel ABS + EBD
4. PRIME
Engine: 1.6 Campro CFE (205 torque @ 2000rpm) Gearbox: CVT Only
New Front Bumper & Grille (improve air flow)
New Blacked Out headlamp
New Rear Skirting
New Rear Combi Lamp
*Rear Garnish (Warm Grey)
Leather Wrapped steering wheel
*Leather Wrapped gear shift
*New Walnut Finishing (Center Panel)
*Electric Folding Side Mirror
*Integrated Touch screen Monitor + Navigation + Reverse Camera
*Headrest Monitor on driver & front passenger head rest *2nd row captain seat (6 Seater)
*16″ sport rim (Riche Gold)
4 Disc brake 4 wheel ABS + EBD
1.6 Campro CPS Standard MT RM 59,998
BalasPadamBold 1.6 Campro CPS Executive MT RM 70,998
Bold 1.6 Campro CPS Executive AT RM 74,998
Bold 1.6 Premium CFE CVT RM 79,998
Prime 1.6 Premium RM 88,998
Exora MC 1.6 CPS MT (B-Line) – RM58,998
Exora MC 1.6 CPS MT (M-Line) – RM65,998
Exora MC 1.6 CPS AT (M-Line) – RM70,998
Exora MC 1.6 CPS AT (H-Line) – RM76,998
saya rasa perubahan harga pada model m line jauh sgt beza sebab enjin sama, gearbox sama, cuma bumper dan bodykit je. saya harap proton akan turunkan harga bg model bold m line executive mt/at.
saya nak tanya.. camera kat belakang dekat plat no tu kan? apa jaminan proton kalau ia hilang dicuri/rosak?
BalasPadamtak silap aku harga di atas cuma harga pengenalan. belum rasmi lg rasanya. harap2 proton ubah harga bg m-line. kalau nak harga sama mcm tu jugak, bg cvt kat model m-line..
BalasPadamaku harap exora Bold executive mt/at harga sekitar 66500 dan 72500. -cadangan-
BalasPadam