Custom Search

Jumaat, 24 September 2010

Unit turbo charger Proton dari Borg Warner



dipetik dari blog funtasticko design :
Setelah semalam Proton mengesahkan akan melancarkan enjin turbonya pada tahun depan, kini kita berpeluang buat pertama kalinya melihat unit turbo charger yang dipasang pada enjin tersebut. Unit turbo charger ini dibekalkan oleh Borg Warner & dihasilkan di China. Terima kasih kepada autoinsidermalaysia.blogspot.com kerana berkongsi gambar & info ini. Menurut sumber info dalamannya dengan adanya unit ini enjin 1.6 liter tersebut bakal mempunyai kuasa yang menyamai enjin 2.0 liter. Sumber dalamannya juga berkata enjin ini bakal menjana 150hp & 200Nm tork, tapi masih lagi belum disahkan kerana enjin ini masih lagi dalam peringkat ujian akhir ketahanan & kemampuannya. Difahamkan juga enjin ini dilengkapi sistem VVT untuk menaikkan kuasa enjin & pada masa yang sama menjimatkan penggunaan minyak. Diharapkan kita bakal menyaksikan enjin ini buat pertama kalinya di KLIMS bulan Disember nanti.

4 comments:

  1. gambar terkini waja lancer http://funtastickodesign.wordpress.com/2010/09/24/panas-gambar-terkini-waja-lancer/#comment-12829

    BalasPadam
  2. boleh ke turbo kit ini kite beli dan pasang sendiri dan ngam ker dgn enjin yg sedia adakt campro skrg atau pun untuk campro baru jer.

    BalasPadam
  3. aku rasa x boleh sebab campro yg digunakan adalah bukan campro cps.

    BalasPadam
  4. CFE base engine campro iafm, tapi block dan cranshaft Mitsu 4Gxx.. kalu nak pkai boleh tapi banyak benda kena modify.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...